Friday, 12 September 2014

PUSISAP

12hb SEPTEMBER 2014...beralih ke maklumat sejarah AMPANG PECAH.

Saturday, 6 September 2014

SUDAH BOLEH DIBANGGAKAN..

PESKUBU walaupun baru ditubuhkan tapi telah berjaya menemui dan mengumpulkan fakta-fakta serta bahan-bahan sejarah yang sangat penting kepada Kuala Kubu. Antaranya:
Mengenalpasti peta empangan Kuala Kubu yang pecah circa tahun 1883.
Mengenalpasti lokasi empangan yang pecah.
Memperolehi salinan peta kuala kubu tahun 1875.
Memperolehi salinan peta lakaran kuala kubu tahun 1883
Memperolehi salinan peta Kuala Kubu Lama tahun 1920an.
Memperolehi salinan peta Kuala Kubu Bharu tahun 1926.
Mengenalpasti sempadan kawasan bandar Kuala Kubu lama yang tertimbus akibat siri banjir.
Mengenalpasti  mercutanda lokasi Kuala Kubu yang tertimbus.
Mengenalpasti Lokasi pekan Hulu Selangor (nama asal Kuala Kubu sebelum tahun 1880an)
Membahagikan fasa sejarah Kuala Kubu kepada tiga era ( prior to 1883, 1883-1931, 1931 to present)
Mengumpulkan salinan keratan-keratan akhbar mengenai Kuala Kubu dari tahun 1883 hingga tahun 1931.
Mengumpulkan koleksi fotograf mengenai Kuala Kubu Lama.
Memperolehi  salinan dokumen perlantikan Cecil Ranking sebagai Collector and Magistrate 1883.
Memperolehi salinan journal kerja Cecil Ranking sebagai Collector and Magistrate 1883.
Memperolehi salinan laporan kepada Residen British berkenaan kematian penduduk Kuala Kubu dan Cecil Ranking akibat tragedi empangan pecah 1883.
Memperolehi salinan arahan telegram dari Residen kepada William Ranking, Auditor Perak iaitu adik kepada Cecil Ranking 1883.
Memperolehi salinan nota atau kenyataan akhbar  kepada suratkhabar  mengenai pecahnya empangan dan kematian Cecil Ranking 1883,
Memperolehi salinan dokumen Inquest atas kematian Cecil Ranking yang ditandatangani oleh Cameron, Penghulu Garang dan Kapitan China Kuala Kubu 1883.
Mengenal pasti Kapitan China Kuala Kubu tahun 1883.
Memperolehi salinan dokumen pemberian elaun kepada Raja Sedia, ibu kepada Syed Mashor 1883.

Ada banyak lagi penemuan yang  tidak disenaraikan di sini... contohnya buku ‘Camping and Tramping in Malaya’ terbitan tahun 1890an yang memuatkan satu bab mengenai kuala kubu.

Senarai pencapaian PESKUBU dalam jangkamasa singkat selepas penubuhan pada pendaftarannya dengan ROS pada 20 April 2014 ini tak termasuk aktiviti-aktiviti seperti kerjasama dengan UM, menjayakan program  ‘lukisan terukur’, siri temuramah terakam dengan warga emas yang pernah hidup dizaman Kuala Kubu Lama dan sebagainya

Program dalam perancangan PESKUBU ialah membentuk kumpulan 'Tour Guide KKB", menjadi pengantara kepada pihak luar yang ingin mendapatkan maklumat sejarah Kuala Kubu, menganjurkan pertandingan penulisan serta bengkel sejarah dalam tahun 2014. 
. Ikutilah perkembangan kegiatan PESKUBU melalui blog ini.

AJK MENJADI AHLI ARKIB NEGARA

3.09.14 - 5 orang AJK PESKUBU telah berjaya sampai ke Arkib Negara untuk mencari bahan-bahan bukti sejarah Kuala Kubu untuk tujuan penghasilan buku, Maka dengan rasminya 5 AJK tersebut telah menjadi 'penyelidik' di Arkib Negara sehingga 2015.



Thursday, 14 August 2014

Jamuan Hari Raya 2014

Rabu, 13.08.14 - Jamuan Hari Raya PESKUBU telah selamat diadakan dengan kehadiran yang menggalakka. Antara yang turut hadir penduduk asal KKB, tokoh sejarawan dan terutamanya YB Lee Kee Hiong. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara penyerahan cek RM10K kepada PESKUBU untuk menjalankan beberapa aktiviti berkaitan sejarah dalam tahun 2014. Termasuk dalam perancangan ialah perasmian Galeri Sejarah KKB.

Friday, 20 June 2014

Perbincangan JK Pemandu Muzium Kuala Kubu

Jumaat, 20.06.14 - Satu sesi perbincangan jawatankuasa bersama Pegawai Daerah Hulu Selangor atas isu permohonan rumah lama do dijadikan muzium dan kuarters 6 pintu dijadikan motel warisan. Hadir bersama YB Lee  Kee Hiong.

Tuesday, 17 June 2014

Lawatan Media Ke Galeri Sejarah


Selasa, 170614 -  Lawatan pengamal media bersama Tourism Malaysia Selangor ke Galeri Sejarah KKB bertujuan promosi tapak lawatan untuk tahun melawat Selangor 2015.